Minggu, 10 Februari 2013


Terdapat banyak hadis tentang fadhilat yang
terkandung dalam Surah Al Mulk, iaitu:
.
1. Mendapat Syafaat
Daripada Abu Hurairah r.a dari Rasulullah
SAW bersabda: “Sesungguhnya di dalam
al_Quran ada 30 ayat memberi syafaat
kepada pembacanya sehingga diberi
keampunan untuknya iaitu surah al-
Mulk.”
Abu Hurairah meriwayatkan hadis,
katanya: “Sesungguhnya di dalam Al-
Quran itu, ada satu surah yang
mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi
lelaki yang membacanya. Maka selagi
mana lelaki itu membacanya, selagi itu
pula ia meminta ampun untuknya. Surah
itu ialah surah Al Mulk.”
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam
bersabda: “Sebahagian surah-surah yang
terdapat di dalam Al-Quran ada satu
surah yang mengandungi 30 ayat. Surah
itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat
kepada orang yang membacanya dengan
mengeluarkannya dari Neraka dan
memasukkannya ke dalam Syurga.”
Ulama berkata: ”Sesungguhnya surah Al
Mulk itu melepaskan pengamal-
pengamalnya dari kena azab. Ia akan
bersoal jawab pada hari kiamat di
hadapan Tuhan kerana menuntut
kelepasan mereka yang mengamalkannya
dari azab api Neraka.”
.
.
2.  Menyelamatkan daripada seksa kubur
Di dalam kubur orang yang telah mati para
malaikat azab datang pada sisi kakinya untuk
memberi  hukuman.  Kakinya berkata; “kamu
tidak dapat hampir dari sisi kakiku kerana
orang ini pernah berdiri dalam solat dan
membaca Surah Al-Mulk” . Kemudian mereka
datang dari sisi dada (hati) dan perut, dan
mereka juga terhalang. Kemudian mereka
datang dari sisi kepala.
Pendekata, setiap sendi berkata; “kamu tidak
dapat datang dari arah ini kerana orang ini
selalu membaca Surah Al-Mulk”. Maka, Surah
ini menyelamatkannya daripada azab kubur.
.
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam
bersabda: “Surah Al Mulk itu memelihara
dan menghindarkan pembacanya dari
azab kubur.”
Nabi Muhammad SAW
bersabda: “Sesiapa membaca surah Al
Mulk setiap malam, diselamatkannya dari
azab kubur.”
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa
membaca surah Al Mulk pada mana-
mana malam, nescaya datang ke dalam
kuburnya surah itu sebagai penganti
untuk bersoal jawab dengan Munkar
Nakir”.
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam
bersabda: “Sesungguhnya di dalam Al-
Quran ada satu surah yang terkandung
30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia
akan datang kepada pembacanya untuk
membantu bersoal jawab dalam kubur
sehinggalah mereka selamat masuk ke
dalam Syurga.”
Saiyidina ‘Abdullah bin Abbas
berkata: “Sesiapa membaca surah Al
Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya,
nescaya ia mendapat bantuan dan
pertolongan dari Allah Subhanahu wa
Ta’ala di dalam kuburnya. Bila azab
hendak datang ke kepala, terdengar satu
seruan: “Tidak boleh engkau datang ke
pihak kepala ini kerana ada surah Al
Mulk.”
Daripada Ibnu Abbas r.a berkata, seorang
sahabat Rasulullah SAW telah mendirikan
khemah di atas kubur dan beliau tidak
tahu ianya kubur. Maka di dalamnya
terdengar suara bacaan surah al-Mulk
sehingga khatam maka beliau menemui
baginda SAW dan berkata : “Wahai
Rasulullah SAW, saya dirikan satu
khemah di atas satu kubur dan saya tidak
tahu bahawa ianya kuburdan saya
terdengar seorang manusia sedang
membaca surah al-Mulk sehingga
khatam. ” Nabi SAW bersabda; “Itulah
yang menahan dan menyelamatkan dia
daripada siksa kubur.” (HR At-Tarmizi)
.
.
3. Hati Beriman
Rasulullah SAW bersabda: “Hatiku ingin
supaya Surah Al-Mulk berada di dalam
hati setiap orang yang beriman.” (iaitu
setiap muslim hendaklah mempelajarinya
dan membacanya dengan istiqamah).
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam
bersabda: “Aku sungguh gembira,
sekiranya orang mukmin sentiasa
membaca surah Al Mulk sehingga seolah-
olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”
.
.
4.  Mendapat Keistimewaan
Saiyidina ‘Ali berkata: ”Sesiapa
mengamalkan surah Al Mulk, nescaya
dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap
malaikat serta wajahnya yang cantik
seperti nabi Yusuf.”
Ulama berkata: “Sesungguhnya surah
Yasin dan surah Al Mulk terkandung di
dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan.
Sesiapa mengamalkannya, nescaya ia
mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-
kelebihan itu serta dikasihi oleh semua
manusia dan juga menjadi hebat pada
pandangan makhluk.”
Sumber:
http://shafiqolbu.wordpress.com/2011/11/11/fadhilat-dan-khasiat-surah-al-mulk/

0 comments:

Blog Archive

About Me

Foto Saya
annisa
hidup adalah satu mangkuk penuh buah cherry. ada yang manis,ada yang kecut, ada yang hampir busuk. maka kita akan selalu untung-untungan dalam mencomot buah cherry itu. kata orang di amerika sana
Lihat profil lengkapku

Blog Archive

Share

Share

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail